Penglibatan di dalam politik Rohani_Abdul_Karim

Menjadi Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet

Pada pilihan raya umum 1990, YB. Dato' Rohani telah dipilih sebagai calon dan telah memenangi kerusi Parlimen Santubong.

Pada pilihan raya umum 1994 dan 1999, beliau masih mampu untuk mempertahan Kerusi Parlimen Santubong. Pada pilihan raya umum 2004 pula, beliau telah bertukar kawasan bertanding ke Batang Lupar,Sri Aman Sarawak, iaitu tempat beliau dilahirkan, dan menang tanpa bertanding.

Sekali lagi beliau berjaya memenangi kerusi parlimen Batang Lupar menentang wakil dari parti PAS pada pilihan raya umum 2008 dengan 70 peratus undi memihak kepada beliau. Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani oleh Perdana Menteri ke-5 Malaysia, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 9 April 2009, Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang baharu saja memegang pucuk pimpinan negara ketika itu telah mengamanahkan beliau untuk mengambil alih tugas Tan Lian Hoe selaku Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Pada 15 Mei 2013,beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau memulakan tugas rasmi sebagai Menteri pada 17 Mei 2013.

Ahli Parlimen Batang Lupar

Beliau terkenal dengan personaliti mesra rakyat di kawasan Batang Lupar. Walaupun sentiasa berada di Semenanjung Malaysia demi melaksanakan tugas beliau sebagai Timbalan Menteri sebelum ini, namun itu tidak memberikan alasan kepada beliau untuk sentiasa menziarah rakyat - rakyat di kawasan Batang Lupar. Beliau juga seorang yang mesra IT kerana sering mengemaskini laman twitter[3] serta laman facebook[4].